Monday, March 14, 2011

# TURUNNYA AL QURAN .... wahyu bersambung...

       Sesudah turun wahyu pertama yang terdiri dari lima ayat itu,selama kurang lebih dua tahun wahyu terhenti dan Malaikat Jibril tidak pernah datang lagi untuk menyampaikan wahyu Iilahi.Hal ini sangat meresahkan Nabi yang ternanti-nanti,bilakah gerangan wahyu itu akan turun lagi.Beliau sudah sangat menginginkan untuk menerima sambungan wahyu berikutnya.


         Dalam keadaan demikian ,suatu hari ketika Nabi tengah berjalan,didengarnya suara,segera Nabi menengadah ke atas ke arah suara itu.Terlihat olehnya malaikat yang pernah mendatangi beliau di Gua Hira kini berada di antara langit dan bumi.Nabi segera pulang dengan Rasa takutnya.Setiba di rumah beliau berseru lagi kepada Khadijah:"ZAMMILUNI,zammiluni!"(Selimuti aku,selimuti aku!).Dalam keadaan berselimut itu,Jibril mewahyukan ke dalam hati Nabi ayat Al-Muddatstsir:1-6 yang bermaksud:


"Hai orang yang berselimut!
 Bangunlah dan berilah  peringatan!
 Besarkanlah Tuhanmu!
 Bersihkanlah pakaianmu!
 Jauhilah hal yang kotor(berhala)!
 Dan janganlah memberi ,kerana hendak memperoleh lebih banyak."

       Sesudah ayat-ayat ini,Al-Qur'an sentiasa turun beransur -ansur.Selanjutnya setiap kali ayat-ayat Qur'an turun dan selesai menerima wahyu,Nabi SAW membacakannya di muka para sahabat.Para sahabat mengulang membacanya,kemudian dihafal atau dituliskan /dicatat .Dalam menulis,kalau yang turun surah yang lengkap,Nabi SAW memerintahkan supaya dituliskan sesudah turun satu surah yang  beliau sebutkan .Kalau ada beberapa ayat yang termasuk dalam satu surah,beliau menyuruh supaya dituliskan sesudah ayat yang disebutkannya.Dengan ini masing-masing surah dan ayat -ayat dalam suatu surah telah ditentukan letak dan urutannya.Demikianlah seterusnya .

       Tiap-tiap ayat ditulis oleh para penulis wahyu,di antaranya yang tetap adalah Zaid bin Tsabit.Ditulis di atas pelepah kurma,batu tipis,kulit yang sudah disamak,tulang-tulang dan sebagainya.Di samping banyak pula yang hafal.

         Begitulah selama Nabi Muhammad SAW masih tinggal di Mekkah lebih kurang 12 tahun,ayat-ayat Qur'an turun sambung bersambung.Selanjutnya setelah beliau berhijrah(pindah) ke Madinah ayat-ayat ini turun terus- menerus.

       
           Surah dan ayat yang turun selama Rasulullah SAW tinggal di Mekkah(sebelum hijrah)disebut ayat Makiyah atau surah Makiyah .Sedang yang turun setelah beliau di Madinah,disebut ayat Madaniyah atau surah Madaniyah.

             









#TURUNNYA AL-QUR'AN..... ringkasan wahyu terakhir...

        Maka sampailah tahun ke 10 Hijrah,di mana Nabi dan para sahabat berangkat ke Mekkah untuk mengerjakan ibadah haji.Haji ini merupakan haji yang terakhir Nabi SAW kerana beberapa bulan kemudian beliau meninggal dunia,maka haji ini dinamakan Haji Wada'(terakhir).Selama Nabi berada di Mekkah selain menyampaikan khutbah yang mengandungi butir-butir pengajaran yang sangat penting bagi kehidupan dan pergaulan kaum Muslimin ,turun pula ayat yang bermaksud:-

"Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu,Aku telah mencukupkan nikmatKU kepada kamu dan Aku telah merasa senang,Islam itu menjadi agamamu."[Al-Maidah:3]

           Mengingat ayat ini yang berisi ketegasan Tuhan bahawa agama Islam telah disempurnakanNYA dan kurniaNYA kepada kaum Muslimin telah dicukupkan maka ahli tarikh berpendapat ,inilah ayat terakhir turunnya .Tetapi dalam kenyataanya,setelah Nabi SAW kembali ke Madinah dan sebelum beliau wafat pada 12 RABIUL AWWAL 11 H,masih ada beberapa ayat yang turun.Menurut pendapat lain ayat yang terakhir  turunnya ialah ayat "Kala-lah".Diriwayatkan oleh Muslim sebagai berikut.

"Dari Bara'r.a katanya,bahawa surat yang terakhir turunnya dan telah cukup ialah surah At-Taubah(Bara'ah)dan ayat yang terakhir sekali turunnya ialah ayat yang berkenaan dengan "Kala-lah"(pembahagian pusaka orang yang meninggal,dengan tiada mempunyai ibu bapa dan keturunan)".[HR.Muslim]

            Kesimpulannya pasti ada hikmahnya surah yang terakhir tidak diketahui dengan tepat agar kita dapat berfikir dan lebih mengambil perhatian dengan surah-surah ini.Wallahu'alam.

             
             Dan untuk menjaga supaya ayat-ayat Al-Quran terpelihara sepenuhnya ,maka Jibril setiap tahunnya menyuruh Nabi mengulang membaca Al-Quran yang telah diturunkan dari awal sampai akhir,sedang di tahun Nabi SAW akan meninggal dunia ,hal ini dilakukan dua kali,sehingga Nabi SAW telah merasa ajalnya telah dekat .Dengan ini nyatalah bahawa susunan ayat-ayat dalam satu surat itu telah ditentukan oleh Nabi SAW sebelum beliau meninggal dunia.berdasarkan petunjuk Jibril.


            Demikianlah ayat-ayat Al-Quran itu telah diturunkan Tuhan secukupnya sebelum Nabi SAW wafat dengan cara beransur-ansur dan sambung bersambung dimulai sejak Nabi SAW menerima wahyu pertama di gua Hira,sampai turunnya ayat terakhir,dalam masa lebih dari 22 tahun.



# MAKAN..

Tiadalah jalan menemui ALLAH (dengan penuh bahagia)selain dengan ilmu dan amal ;dan tidaklah mungkin dapat menjalaninya(dengan sempurna)melainkan bila sihat tubuh-badan;dan seterusnya tidaklah diperoleh kesihatan tubuh-badan melainkan dengan makanan dan bahan-bahan bertenaga.
Seseorang Islam dapat melaksanakan ketaatan kepada ALLAH apabila ia dapat menukarkan 'adat kebiasaan mereka menjadi 'ibadah(bila kebiasaan itu disesuaikan dengan kehendak Agama);sedangkan orang yang lalai ,mereka menjadikan 'ibadah-ibadah mereka sebagai 'adat ,dimana sebagaimana sepatutnya bila kita makan dan minum,sepatutnya hendaklah kita me'niatkan menerusi makan dan minum mengikut perintah ALLAH'AZZA WA JALL,di mana firmamNYA:
"Dan makan dan minumlah kamu;dan(tetapi)janganlah kamu melampaui."[Al:A'raaf:31]
Kesimpulannya tidaklah kita makan semata-mata untuk memenuhkan selera dengan beraneka makanan atau dikatakan melampaui itu termasuklah dengan cara makanan-makanan yang dihidangkan secara berlebihan dan tidak mengikut keperluan,makan secara membazir dan juga makan kerana takut membazir.
Seorang alim Ibraahiim B Syaibaan pernah berkata:"Sejak 80 tahun dahulu,tidaklah saya makan sesuatu makanan dek semata-mata selera keinginan makan saya."
Pengajarannya hendaklah kita me' niatkan menerusi makan dan minum,bertujuan agar kita dapat memelihara tubuh-badan kita dari kebinasaan.Seperti firman ALLAH yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu."[An-Nisaa':29]

Ingat lah wahai umat Nabi Muhammad (SAW) berdoalah bukan hanya selepas solatmu dan waktu-waktu afdal adalah seperti berikut:

1. Malam Lailatul Qadar
2. Ketika berada di Arafah seperti firman Allah, "Sebaik-baik doa   adalah pada hari Arafah." (Riwayat Muslim)
3. Bulan Ramadhan
4. Malam Jumaat, hari Jumaat, waktu jemaah berdiri untuk menunaikan solat. Sabda Rasulullah ,"Bahawasanya pada malam Jumaat, ada    suatu ketika yang mustajab doanya." (Riwayat Tarmizi)
5. Waktu tengah malam. Sabda Rasulullah seperti riwayat Abi Umamah, dia bertanya Rasulullah, "Ya Rasulullah, waktu bilakah doa diterima oleh Allah? Jawab baginda, pada tengah malam dan akhir solat fardhu." (Riwayat Tarmizi)
6. Pada waktu 1/3 malam, sekitar jam 12 sehingga 2 atau 3 pagi.
7. Waktu sahur (1/3 akhir malam). Ketika ini Allah menurunkan malaikat rahmat setiap malam ke langit dunia, doa akan mudah dimakbulkan.
8. Berdoa ketika seruan azan
9. Antara waktu azan dan iqamat. Rasulullah menyatakan doa tidak akan ditolak ketika ini dan baginda menyeru manusia memohon kesejahteraan di dunia dan akhirat.
10. Ketika berperang
11. Akhir solat fardhu ketika waktu. Selepas salam digalakkan membaca ayat Kursi dan mohon doa. Sabda Rasulullah,"Pada waktu sujud adalah waktu sedekat-dekat hamba dengan Allah."(Riwayat Muslim)
12. Ketika hujan turun dengan lebat kerana hujan suatu hikmah kepada manusia. Manusia tidak akan hidup tanpa air dan makanan, maka pada waktu ini amat makbul doanya.  

~UnGkaPaN EMaS~

Wanita cantik ialah neraka bagi jiwa 
 Penyedut kandungan dompet 
Dan mahligai pada mata 

          Memberi senyuman hanya sesaat 


tetapi ingatan kepadanya kadang-kadang 
Boleh kekal sepanjang hayat.

           Kaya hati adalah kaya sejati 


kaya harta adalah kemudahan hidup
dalam derita


           Dengan wang kita boleh 


dapat kawan tetapi
bukan sahabat


          Kalau anda tidak member masa


kepada Tuhan,Nescaya Tuhan juga
tidak akan memberi masa kepada anda


           Orang malas gunakan otaknya untuk berkhayal


orang pandai gunakan otaknya untuk berfikir 
orang rajin tidak sempat menggunakan kedua-duanya
kerana dia sibuk.


 

~Pantun~

Jangan ditepuk susu di dulang ,
Anak harimau tak dapat menyusu ,
Janganlah pecah rahsia hulu balang ,
. . .Nanti Harimau Hilang Kuku .

Jangan ditepuk darah di dulang ,
Anak harimau mencari ibu ,
Jangan pecah mantera hulu balang ,
. . .Nanti Harimau Hilan Asu .

Jikalau ada dulang di tangan ,
Jangan biar jatuh terhempas ,
Jikalau ada senjata di tangan ,
. . .Jangan Biar Orang Rampas .

Pecah gayong di dalam dulang ,
Dulang hanyut lautan tujuh ,
Pecah gayong perpecahan sayang ,
. . .Di Satu Masa Kembali Berteguh .