Tiadalah jalan menemui ALLAH (dengan penuh bahagia)selain dengan ilmu dan amal ;dan tidaklah mungkin dapat menjalaninya(dengan sempurna)melainkan bila sihat tubuh-badan;dan seterusnya tidaklah diperoleh kesihatan tubuh-badan melainkan dengan makanan dan bahan-bahan bertenaga.
Seseorang Islam dapat melaksanakan ketaatan kepada ALLAH apabila ia dapat menukarkan 'adat kebiasaan mereka menjadi 'ibadah(bila kebiasaan itu disesuaikan dengan kehendak Agama);sedangkan orang yang lalai ,mereka menjadikan 'ibadah-ibadah mereka sebagai 'adat ,dimana sebagaimana sepatutnya bila kita makan dan minum,sepatutnya hendaklah kita me'niatkan menerusi makan dan minum mengikut perintah ALLAH'AZZA WA JALL,di mana firmamNYA:
"Dan makan dan minumlah kamu;dan(tetapi)janganlah kamu melampaui."[Al:A'raaf:31]
Kesimpulannya tidaklah kita makan semata-mata untuk memenuhkan selera dengan beraneka makanan atau dikatakan melampaui itu termasuklah dengan cara makanan-makanan yang dihidangkan secara berlebihan dan tidak mengikut keperluan,makan secara membazir dan juga makan kerana takut membazir.
Seorang alim Ibraahiim B Syaibaan pernah berkata:"Sejak 80 tahun dahulu,tidaklah saya makan sesuatu makanan dek semata-mata selera keinginan makan saya."
Pengajarannya hendaklah kita me' niatkan menerusi makan dan minum,bertujuan agar kita dapat memelihara tubuh-badan kita dari kebinasaan.Seperti firman ALLAH yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu."[An-Nisaa':29]

No comments:
Post a Comment