Maka sampailah tahun ke 10 Hijrah,di mana Nabi dan para sahabat berangkat ke Mekkah untuk mengerjakan ibadah haji.Haji ini merupakan haji yang terakhir Nabi SAW kerana beberapa bulan kemudian beliau meninggal dunia,maka haji ini dinamakan Haji Wada'(terakhir).Selama Nabi berada di Mekkah selain menyampaikan khutbah yang mengandungi butir-butir pengajaran yang sangat penting bagi kehidupan dan pergaulan kaum Muslimin ,turun pula ayat yang bermaksud:-
"Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu,Aku telah mencukupkan nikmatKU kepada kamu dan Aku telah merasa senang,Islam itu menjadi agamamu."[Al-Maidah:3]
Mengingat ayat ini yang berisi ketegasan Tuhan bahawa agama Islam telah disempurnakanNYA dan kurniaNYA kepada kaum Muslimin telah dicukupkan maka ahli tarikh berpendapat ,inilah ayat terakhir turunnya .Tetapi dalam kenyataanya,setelah Nabi SAW kembali ke Madinah dan sebelum beliau wafat pada 12 RABIUL AWWAL 11 H,masih ada beberapa ayat yang turun.Menurut pendapat lain ayat yang terakhir turunnya ialah ayat "Kala-lah".Diriwayatkan oleh Muslim sebagai berikut.
"Dari Bara'r.a katanya,bahawa surat yang terakhir turunnya dan telah cukup ialah surah At-Taubah(Bara'ah)dan ayat yang terakhir sekali turunnya ialah ayat yang berkenaan dengan "Kala-lah"(pembahagian pusaka orang yang meninggal,dengan tiada mempunyai ibu bapa dan keturunan)".[HR.Muslim]
Kesimpulannya pasti ada hikmahnya surah yang terakhir tidak diketahui dengan tepat agar kita dapat berfikir dan lebih mengambil perhatian dengan surah-surah ini.Wallahu'alam.
Dan untuk menjaga supaya ayat-ayat Al-Quran terpelihara sepenuhnya ,maka Jibril setiap tahunnya menyuruh Nabi mengulang membaca Al-Quran yang telah diturunkan dari awal sampai akhir,sedang di tahun Nabi SAW akan meninggal dunia ,hal ini dilakukan dua kali,sehingga Nabi SAW telah merasa ajalnya telah dekat .Dengan ini nyatalah bahawa susunan ayat-ayat dalam satu surat itu telah ditentukan oleh Nabi SAW sebelum beliau meninggal dunia.berdasarkan petunjuk Jibril.
Demikianlah ayat-ayat Al-Quran itu telah diturunkan Tuhan secukupnya sebelum Nabi SAW wafat dengan cara beransur-ansur dan sambung bersambung dimulai sejak Nabi SAW menerima wahyu pertama di gua Hira,sampai turunnya ayat terakhir,dalam masa lebih dari 22 tahun.

No comments:
Post a Comment